Nov 7, 2011

Ini Lah Kehidupan ~



Disini Bermula sebuah langkah yang belum pasti akan titik noktah ..yang sentiasa bersambungan ..tanpa penghujung ..selagi ku bernafas ..selagi itu kisah kehidupan akan terus dan terus ...tanpa titik noktah ..

Kisah Kehidupan bermula di sebuah di desa yang permai ..kalau orang luar melihat mesti akan katakan betapa damainya hidup di desa dikelilingi pohon getah , kelapa sawit..buah-buahan ..tp hakikat sebenar mereka tak ketahui..bahawa ada penghuni desa yang merasai keperitan demi sesuap nasi ...ada penghuni yang hidup dalam kegelapan hanya bertemankan pelita minyak tanah ..dikedinginan hujan hanya mampu berselimutkan kain nipis bagi menghangatkan badan ..di kala subuh menjelang ..kabus tebas mengiringi suasana..Indah kan ..ini lah namanya Indah dalam Kesengsaraan ..

Inilah yang aku hadapi saban hari ..di awal tahun 1980an..di kala aku membesar tanpa rasa adanyaa seorang ayah ..yg aku harapkan hanya kasih sayang seorang ibu ..hidup bertemankan pelita ...dikala senja menjelma...tiada permainan..hanya main kejar2 sekeliling rumah ..kan salah kejar hilang dalam hutan tebal lak kat belakang tu..bahaya ..ini laah pengalaman yang anak2 sekarang takkan dapat rasai ..

Mek hanyalah seorang penoreh getah ..bayangkan di masa tu pendapatan seminggu hanyalah RM100 lebih saja ..nak isi perut 6 orang anak ...4 lelaki dan 2 perempuan ..kak aku yang ke 2 diserahkan pada keluarga angkat di Pulau Penang..jauh sungguh ..berbelas tahun aku terpisah dengan kak aku ...tiada khabar berita ..

..tp apa pun hidup mesti diteruskan ..susah mana sekalipun ..setiap detik nafas yang dihembus perlu disyukuri ...~

Mek ..kau adalah segalanyaa..aku tau .kau tak mampu sekolahkan semua abg dan kakak..kak aku kak zan hanya di sekolah darjah 4 , abg aku azman hanya tingkatan 1 ..abg mawi ..tingkatan 2, kak ku nor darjah 6..nape mereka tak diberi peluang ..hanya kerana kesempitan dan kemiskinan yang membelenggu membataskan segala peluang buat mereka...buat ayah sekadar monolog dalaman dari aku ....kau pernah berkata perempuan tak perlu belajar hanya di dapur tempatnya...tp aku memberontak dalam jiwa kuat mengatakan ..ayah nafikan peluang kak dan abg semua utk lebih berjaya ...

aku alhamdulillah berkat kesabaran mek dan keyakinan dari semua adik beradik .aku gigihkan jua diri ni habiskan persekolahan ..kalau tak kena paksa ..kalau tak kena marah ..aku pun akan jadi seperti mereka ..hanya dipertengahan jalan tiada kesudahan ..aku mula sedar bila mek kata "mu belajar molek laa deh , boleh tulo mek ngan keluarga" ni lah ayat yang aku pegang sampai sekarang ...demi mek dan adik beradik yang sanggup korbankan masa remaja mereka demi melihat kejayaan aku ...

...abg aku sanggup di usia awal 17 tahun ke singapura kerja sebagai buruh semata-mata mahu meringankan beban mek dan nak bantu adik yg lain ..besar sungguh pengorbanan abg aku ...dulu abg laa tempat cari gaduh bertumbuk sakan ..bila tau ini yg dia lakukan aku cukup terharu ,,nilai seorang abg ..sungguh besar bila kita tau kan ...kalau nak tau besar mana pengorbanan abg aku ..kaki terputus kena mesin masa kerja di sana...masa tu aku belajar kat UKM ..dia yg tiap2 bulan kasi bantuan ...tiba2 kejadian ni menimpa..aku syukur alhamdulillah kaki abg aku boleh disambung kembali ..kosnyaa ratusan ribu habis tp semua ditanggung oleh syarikat...bermula episod lain ...

to be continue








7 comments:

  1. eyka...sedih ek ..lumrah kehidupan macam tu laa kan ...:)

    ReplyDelete
  2. hanya mereka yang pernah melalui kehidupan yg penuh kesusahan akan tabah menempuh hari muka yang mendatang...moga ada sinar bahagia menjelma

    ReplyDelete
  3. rozain ..kesusahan itu mengajar erti hidup yang sebenar ..manusia takkan pernah lepas dari dugaan kan .terima dengan redha dan syukur dengan nikmat dariNya~

    ReplyDelete
  4. bilo nok sambung crito ni?....tok sabar nk baco next episode...;)

    ReplyDelete
  5. hady kelate ..insyallah ada kelapangan pokcik update..tgh busy kerja sikit..terima kasih deh sudi baca..

    ReplyDelete
  6. nice story...

    pastisyok.blogspot.com

    ReplyDelete