Nov 7, 2011

Ini Lah Kehidupan ~



Disini Bermula sebuah langkah yang belum pasti akan titik noktah ..yang sentiasa bersambungan ..tanpa penghujung ..selagi ku bernafas ..selagi itu kisah kehidupan akan terus dan terus ...tanpa titik noktah ..

Kisah Kehidupan bermula di sebuah di desa yang permai ..kalau orang luar melihat mesti akan katakan betapa damainya hidup di desa dikelilingi pohon getah , kelapa sawit..buah-buahan ..tp hakikat sebenar mereka tak ketahui..bahawa ada penghuni desa yang merasai keperitan demi sesuap nasi ...ada penghuni yang hidup dalam kegelapan hanya bertemankan pelita minyak tanah ..dikedinginan hujan hanya mampu berselimutkan kain nipis bagi menghangatkan badan ..di kala subuh menjelang ..kabus tebas mengiringi suasana..Indah kan ..ini lah namanya Indah dalam Kesengsaraan ..

Inilah yang aku hadapi saban hari ..di awal tahun 1980an..di kala aku membesar tanpa rasa adanyaa seorang ayah ..yg aku harapkan hanya kasih sayang seorang ibu ..hidup bertemankan pelita ...dikala senja menjelma...tiada permainan..hanya main kejar2 sekeliling rumah ..kan salah kejar hilang dalam hutan tebal lak kat belakang tu..bahaya ..ini laah pengalaman yang anak2 sekarang takkan dapat rasai ..

Mek hanyalah seorang penoreh getah ..bayangkan di masa tu pendapatan seminggu hanyalah RM100 lebih saja ..nak isi perut 6 orang anak ...4 lelaki dan 2 perempuan ..kak aku yang ke 2 diserahkan pada keluarga angkat di Pulau Penang..jauh sungguh ..berbelas tahun aku terpisah dengan kak aku ...tiada khabar berita ..

..tp apa pun hidup mesti diteruskan ..susah mana sekalipun ..setiap detik nafas yang dihembus perlu disyukuri ...~

Mek ..kau adalah segalanyaa..aku tau .kau tak mampu sekolahkan semua abg dan kakak..kak aku kak zan hanya di sekolah darjah 4 , abg aku azman hanya tingkatan 1 ..abg mawi ..tingkatan 2, kak ku nor darjah 6..nape mereka tak diberi peluang ..hanya kerana kesempitan dan kemiskinan yang membelenggu membataskan segala peluang buat mereka...buat ayah sekadar monolog dalaman dari aku ....kau pernah berkata perempuan tak perlu belajar hanya di dapur tempatnya...tp aku memberontak dalam jiwa kuat mengatakan ..ayah nafikan peluang kak dan abg semua utk lebih berjaya ...

aku alhamdulillah berkat kesabaran mek dan keyakinan dari semua adik beradik .aku gigihkan jua diri ni habiskan persekolahan ..kalau tak kena paksa ..kalau tak kena marah ..aku pun akan jadi seperti mereka ..hanya dipertengahan jalan tiada kesudahan ..aku mula sedar bila mek kata "mu belajar molek laa deh , boleh tulo mek ngan keluarga" ni lah ayat yang aku pegang sampai sekarang ...demi mek dan adik beradik yang sanggup korbankan masa remaja mereka demi melihat kejayaan aku ...

...abg aku sanggup di usia awal 17 tahun ke singapura kerja sebagai buruh semata-mata mahu meringankan beban mek dan nak bantu adik yg lain ..besar sungguh pengorbanan abg aku ...dulu abg laa tempat cari gaduh bertumbuk sakan ..bila tau ini yg dia lakukan aku cukup terharu ,,nilai seorang abg ..sungguh besar bila kita tau kan ...kalau nak tau besar mana pengorbanan abg aku ..kaki terputus kena mesin masa kerja di sana...masa tu aku belajar kat UKM ..dia yg tiap2 bulan kasi bantuan ...tiba2 kejadian ni menimpa..aku syukur alhamdulillah kaki abg aku boleh disambung kembali ..kosnyaa ratusan ribu habis tp semua ditanggung oleh syarikat...bermula episod lain ...

to be continue








Ini Lah Aku Putera Tak BerTaktha~


seBelum aku memulakan bicara ..ingin aku tegaskan kehadiran blog ini hanyalah tempat utk aku luahkan perasaan , berkongsi apa yang aku lakukan ...Saja aku Pilih tajuk ni sbb ramai sgt org tanya ..nama kau tengku ..Putera mana ..ha ni dia nak kasi tau ..geng2 semua ..pokcik hanya Putera di Nama Aje tp bukan Putera Raja tp aku adalah Putera di Hati Ibunda ...Mek ~

Siapa Tengku Asmadi ??Di Lahirkan di musim tengkujuh di sebuah kg yang jauh dipendalaman ..nama kg yg ku banggakan Kg.Pak Jelak Kuala Krai kelantAn..Seorang Putera hasil perkongsian hidup insan bernama Ku Din dgn Raja Yah .ibunda mek tercinta ...anak ke 6 ..dan putera ke tiga dari 7 org adik beradik ..keluarga yang sangat besar ..

langit tak selalunya cerah kan .kasih sayang yg didambakan dari seorang ayah tidak kesampaian bila dia memilih haluan sendiri dengan org lain ..tinggal lah aku dengan adik beradik harapkan kasih sayang dari seorang ibu ..dia lah ayah ..dia lah ibu dan dia jugalah pencari rezeki ..ibu yg aku senang panggil mek ..mek wanita besi ..di usia awal 30-an ..mek memikul tanggungjawab yang besar ..7 mulut nak disuapkan ..7 hati nak disenangkan ..dan 7 jiwa yang perlu di jaga ...berat kan ..berat mata memandang berat lagi bahu yang terpikul segala bebanan..tp aku tak pernah melihat mek mengeluh kepenatan ..mengadu keletihan dengan tanggungjawag yang terpikul ..

ketepikan dahulu cerita itu ..tentang keperitan dan kesusahan aku membesar..sbb lepas ni masih banyak ruang dan peluang nak aku luahkan ..akan ada imbas kembali ..aku nak segarkan semula memory yang tersimpan masih kukuh diingatan ...

Luahan rasa ikhlas dari hati ..yang telah mana terpendam ..nak luahkan segalanyaa..tak kisah ada yg baca atau tidak yang penting aku merasa getarannyaa...
Kisah dari aku kecil sehingga di usia sekarang ..terlalu banyak hendak dikenangkan..terasa sakit bila di simpan terlalu lama...buat kawan2 semua kenali aku ..Putera Tak BerTakhta ~